Wednesday, April 28, 2010

lama tak mengupdate..

terlupakah aku pada blog yang baru berusia 2- 3 hari ni... Bukannya terlupa tapi keterbatasan waktu yang sibuk dengan pelbagainya. Hari Isnin, kes punyalah banyak sampai nak dok depan pc pun tak dan. Lunch pun pukul 1.20. Pukul 2 klinik buka balik...

HAri Selasa dan Rabu, ada kursus PTK untuk komponen GENERIK (minta2 lulus dengan cemerlangnya - pangkat IV). lepas ni sibuk pula nak buat assigment dan presentation untuk komponen FUNGSIONAL (2 tajuk yang berbeza) HU... HU... bertambahlah kebusyan aku.

Tak pa think positive... AKU BOLEH (jerit dalam hati je... kang tak pasal2 confius kawan sebelah aku).

Thursday, April 22, 2010

guna facebook untuk mengutuk

hmmm... apa perasaan ya sekiranya kita tahu ada orang yang guna facebook untuk mmengutuk. Tu satu hal, ada yang siap mencarut pun ada. Subhanallah... Tu la, kemudahan yang ada bukan untuk dimanfaatkan tetapi untuk jalan yang menambahkan timbangan sebelah kiri...

Kita diberi akal fikiran yang waras supaya sebelum kita melakukan sesuatu kita fikir dulu (biaq seribu kali pun tak pa..) cuba kita letak diri kita di tempat orang kita kutuk tu... Kecil hati ke? Apa perasaan dia...

Walaupun apa-apa pun, aku doakan orang yang selalu mengumpat aku dalam facebook tu... Tak guna kita bercerita belakang, lebih baik kita berbincang untuk cari penyelesaiannya..( dalam dunia realiti, bukan main manis lagi dia ngan aku .... tak faham.. (ulang 3x)))

Wednesday, April 21, 2010

bangun awal

selamat pagi....
Pagi ni bangun jam 4.30 pagi. tak leh lelap lepas tu. Bancuh susu Aina, tunggu sampai dia abis susu (tak habis pun). ingat nak lelap kejap, tapi bila fikir2, kalau lelap conpom terus hanyut. Tambahan pula hujan renyai2 ni, memang best tido. ah... kena kuatkan semangat, terus bangun.
terus pi dapur, jerang air, fikir2 punya fikir, terus masaklah, masak apa ye??????? fikir2 punya fikir, try sardin baru lah... sardin apa ye?????? sardin cap adabi. lepas tu goreng kubis ngan carrot, masak nasi.
em... hari ni boleh bawa bekal....
lepas tu macam biasa la, terus mandi, solat subuh, kejut Aleeya mandi pi sekolah. lepas tu rutin biasa la sidai baju sambil start enjin keta. hantar Angah dan Aina ke rumah ibu (Pengasuh). Lepas antar kakak Aleeya sekolah, terus pecut ke UPM (tempat ku mencari rezeki). Emmm.. Hujan rembas2 saje.
Keja hari ni macam biasa.

Tuesday, April 20, 2010

2 N3

salam.....
pening jugak ye nak manage blog ni....
takpe belajar pelan2

first time

salam ukhuwah kepada semua....
selamat berkenalan.....
baru belajar untuk blogging.........