Wednesday, June 2, 2010

BRAIN GYM

Salam...
Sambung balik pasal kursus motivasi tu...
Brain Gym... terdapat 26 teknik... tapi yang diberitau 2-3 teknik sahaja. takpa yang penting di amalkan..

tujuan Brain Gym ni adalah lebih untuk service otak ataupun maintenance otak kita.antara tekniknya ialah:-

1) minum air kosong yang banyak (3 liter sehari / 18 gelas). jika waktu pagi atau bila2 masa kita rasa air liur pekat, tandanya kita STRESS kena minum air kosong untuk meneutalkan air liur yang pekat tu.

2) tangan kanan lurus ke hadapan dan membuat pusingan / gerakan membentuk nombor 8 mengikut pusingan jam dan lawan arah jam. buat berulang kali untuk "menggerakkan" otak kiri kita.

3) tangan kiri lurus ke hadapan dan buat gerakan seperti tangan kanan tadi. ini adaalah untuk "menggerakkan" otak kanan pula.

4) luruskan ke2 tangan ke hadapan dan bertemu. semua jari disilangkan dan ditutup kecuali jari telunjuk diluruskan ke hadapan. kemudian buat gerakan/ pusingan membentuk nombor lapan mengikut jam dan lawan arah jam.

kalau difikir2 kenapa buat nombor 8 tak buat nombor lain... ini saya rasa la... bila kita buat pusingan 8 dia berlenggok dan akan permulaan membuat nombor 8 bertemu kembali dengan yang hujungnya. kenapa tak buat nombor 0... sebab 0 mudah sangat kot dan tak berlenggok kot......

salam bertemu kembali

salam dan selamat pagi....
dari minggu lepas agak sibuk sikit. lepas kursus motivasi tu, sibuk menyiapkan presentation untuk PTK. Hari khamis (27/05/2010) dah present dah. Buat yang terbaik dan berdoa agar Allah memudahkan laluanku untuk lulus PTK. Amin.....

Hari isnin busy gak... kes boleh tahan pada waktu pagi. Dah ujung bulan kena la buat stok check, tengok kuantiti dan exp. date. mana yang dah kurang tu, kena request dari bahagian farmasi. Petangnya pulak pergi cucuk my little girl (2years). accually injection tu untuk umur 11/2 tahun punya... tapi.... maknya terlupa, busy (konon2nya lebih kepada terlupa) dah umur 1tahun 10 bulan baru pergi cucuk. Sebenarnya my little girl tu ada pneumonia last year, kadang2 macam semput sikit (banyak kahak) tu yang asyik tertangguh2 .

Sekarang ni pun, Alhamdulillah, walaupun masih batuk2 berkahak dan lepas tu muntah, tapi dia still aktif dan makan pun ok (nasi tak nak, nak makan lauk dan sayur je). kalau anak2 sakit tu, tak sampai hati aku tengok, rasanya biarlah aku yang rasai kesakitan itu. Walau apa-apa pun, ini baru ujian kecil untukku. Ada orang lain yang lebih ujiannya daripada aku. Terasa insafnya diri dan kerdilnya hamba Mu ini.

Tuesday, May 25, 2010

cara mengelakkan breast cancer

cara-cara breast cancer bermula dan berkembang:-

1) jagan selalu marah2. kalau kita selalu marah, kita akan rasa macam sakit dada, zarah-zarah halus dalam badan akan membentuk sel kanser

2) jangan berdendam
bila berdendan kita akan simpan dalam hati.. hati terletak di ruangan dada kita. kalau kita selalu menyimpan dendam, sel dalam tubuh di sekitar dada akan mula menjadi sel barah

3) jangan menyimpan sesuatu rahsia yang besar.
bukanlah maksud kita kena pecahkan rahsia... ada teknik bagaimana kita menyimpan rahsia besar tapi di dalam "peti simpanan maya" tanpa perlu membocorkan RAHSIA BESAR tersebut.

jadi kalau tak nak kena breast cancer... lapang-lapangkan dada kita dari perasaan dendam, marah dan belajar cara untuk tidak membebankan perasaan (melapangkan dada sendiri.....)

baru balik kursus motivasi

salam....

2 hari yang lalu saya menghadiri "kursus motivasi dan kepuasan bekerja". Best dengan ilmu yang disampaikan...

1) cara mengelakkan breast cancer

2) brain gym

3) cara bercakap dengan roh bos

4) cara menyelesaikan masalah ketika sebelum tidur

5) cara membuat otak kita berfikir dan mengingati sesuatu yang perlu difokus

6) cara "delet" perkataan yang negatif dan "install" yang positif. ucapkan "Naauzubillah" untuk benda yang tak baik dan ucapkan "Alhamdulillah" untuk benda yang baik.

7))sedikan matlamat(perancangan kerjaya dan peribadi dalam masa 10 tahun) yang spesifik.

8) macam mana nak buat anak mendengar cakap :- tulis satu kertas apa harapan kita terhadap anak kita dan kertas ditampal pada air minuman.

9) mengusap kepala anak sambil memberi nasihat

10) cara mengawal stress . 8 point di badan kita .

11) kenali dan programkan button hijau di badan : gunakan bila keadaan yang membuat kita rasa cemas

12) personal test - mengenali diri sendiri untuk kita perkembangkan bakat dalam diri, mengenali pekerjaan yang sesuai

13) melukis kucing... penilaian diri melalui lukisan kucing

14) wujudkan sesuatu perkara yang boleh memberi motivasi kepada diri sendiri...

setakat ini dulu, penjelasannya, Insyaallah nanti saya akan masukkan.

Thursday, May 6, 2010

salam pagi Jumaat

salam pagi Jumaat.. hari yang penuh barakah ini. Alhamdulillah.. syukur padamu Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk menghirup udara yang segar pada pagi ini.
"WAHAI PENCIPTA SEGALA SESUATU, TOLONGLAH AKU,
SEBAB HARI INI AKU KELUAR KE DUNIA DALAM
KEADAAN BERSENDIRIAN,
DAN TANPA TANGAN-MU TUHANKU UNTUK MEMBIMBINGKU,
AKU AKAN HANYUT JAUH DARI JALAN MENUJU
KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN...."
AMIN...

Tuesday, May 4, 2010

Kursus Pengurusan Konflik

Hari ni, aku menghadiri kursus "pengurusan konflik" dari 8.30 pagi asmpai 1.00 tengahari. konflik tu apa ye????????? konflik berlaku apabila berlakunya perlencongan kepentingan, objektif ataupun keutamaan. Boleh juga dikatakan perbezaan atauapun ketidaksesuaian..
Dalam kursus ni apa yang aku pelajari ialah jika ada konflik gunakan teknik S, T, L, C

Apa STLC tu?????

S = STOP - maknanya jika nak berlaku setiap konflik atau ketidaksesuaian sesuatu
T = THINK - fikir dulu sebelum sesuatu tindakan ataupun percakapan
L = LISTEN - kita patut dengar dulu sebelum berkata2 sesuatu (jangan cepat melatah)
C = COMMUNICATE - apa yang adalah komunikasi yang berkesan. Kalau tak ada
kesefahaman ataupun salah dengaq, nanti salah tafsiran kan... Lagi satu, Allah bagi kita mulut untuk menyampaikan perkara yang baik... bukan untuk menyampai berita yang kita tak [pasti kebenarannya...

Walau apa-apa pun, yang BAIK kita jadikan TAULADAN, yang BURUK kita jadikan SEMPADAN.

Sunday, May 2, 2010

Shopingggg...

Salam...
Sebenrnya mkepala masih rasa "ting tong" lagi, tapi kena kerja gak.. Dah cuti hari jumaat, stok cek untuk bulan April takbuat lagi.. Gagahkan diri juga untuk datang kerja. Berkhidmat demi NEGARA yang tercinta. Hari Khamis malam bertolak ke Kelantan dan Terengganu, menghadiri sambutan HARI PEKERJA YANG DIANJURKAN OLEH ceupacs.

hari Khamis malam bertolak terus ke Kelantan, shopping di RAntau Panjang.. Banyak shopping???????? lebih untuk baju anak2, dan sikit untuk baju mama. Tengahari bertolak ke UMT, tido 2 malam, jalan2, shopping2 lagi.... MAlam tadi jam 11 malam baru tiba di UPM.

Dalam sibuk dok berjalan2, shopping tu, rasa susah hati juga mengingatkan assigment untuk PTK... tapi tak pa akan buat yang terbaik demi masa hadapanku...
Oklah, sampai setakat ni dulu... ye, aku nak cari referral book utk assigment PTK. Nanti ada masa aku update pasal pengembaraan ku itu.....

Wednesday, April 28, 2010

lama tak mengupdate..

terlupakah aku pada blog yang baru berusia 2- 3 hari ni... Bukannya terlupa tapi keterbatasan waktu yang sibuk dengan pelbagainya. Hari Isnin, kes punyalah banyak sampai nak dok depan pc pun tak dan. Lunch pun pukul 1.20. Pukul 2 klinik buka balik...

HAri Selasa dan Rabu, ada kursus PTK untuk komponen GENERIK (minta2 lulus dengan cemerlangnya - pangkat IV). lepas ni sibuk pula nak buat assigment dan presentation untuk komponen FUNGSIONAL (2 tajuk yang berbeza) HU... HU... bertambahlah kebusyan aku.

Tak pa think positive... AKU BOLEH (jerit dalam hati je... kang tak pasal2 confius kawan sebelah aku).

Thursday, April 22, 2010

guna facebook untuk mengutuk

hmmm... apa perasaan ya sekiranya kita tahu ada orang yang guna facebook untuk mmengutuk. Tu satu hal, ada yang siap mencarut pun ada. Subhanallah... Tu la, kemudahan yang ada bukan untuk dimanfaatkan tetapi untuk jalan yang menambahkan timbangan sebelah kiri...

Kita diberi akal fikiran yang waras supaya sebelum kita melakukan sesuatu kita fikir dulu (biaq seribu kali pun tak pa..) cuba kita letak diri kita di tempat orang kita kutuk tu... Kecil hati ke? Apa perasaan dia...

Walaupun apa-apa pun, aku doakan orang yang selalu mengumpat aku dalam facebook tu... Tak guna kita bercerita belakang, lebih baik kita berbincang untuk cari penyelesaiannya..( dalam dunia realiti, bukan main manis lagi dia ngan aku .... tak faham.. (ulang 3x)))

Wednesday, April 21, 2010

bangun awal

selamat pagi....
Pagi ni bangun jam 4.30 pagi. tak leh lelap lepas tu. Bancuh susu Aina, tunggu sampai dia abis susu (tak habis pun). ingat nak lelap kejap, tapi bila fikir2, kalau lelap conpom terus hanyut. Tambahan pula hujan renyai2 ni, memang best tido. ah... kena kuatkan semangat, terus bangun.
terus pi dapur, jerang air, fikir2 punya fikir, terus masaklah, masak apa ye??????? fikir2 punya fikir, try sardin baru lah... sardin apa ye?????? sardin cap adabi. lepas tu goreng kubis ngan carrot, masak nasi.
em... hari ni boleh bawa bekal....
lepas tu macam biasa la, terus mandi, solat subuh, kejut Aleeya mandi pi sekolah. lepas tu rutin biasa la sidai baju sambil start enjin keta. hantar Angah dan Aina ke rumah ibu (Pengasuh). Lepas antar kakak Aleeya sekolah, terus pecut ke UPM (tempat ku mencari rezeki). Emmm.. Hujan rembas2 saje.
Keja hari ni macam biasa.

Tuesday, April 20, 2010

2 N3

salam.....
pening jugak ye nak manage blog ni....
takpe belajar pelan2

first time

salam ukhuwah kepada semua....
selamat berkenalan.....
baru belajar untuk blogging.........