Wednesday, June 2, 2010

BRAIN GYM

Salam...
Sambung balik pasal kursus motivasi tu...
Brain Gym... terdapat 26 teknik... tapi yang diberitau 2-3 teknik sahaja. takpa yang penting di amalkan..

tujuan Brain Gym ni adalah lebih untuk service otak ataupun maintenance otak kita.antara tekniknya ialah:-

1) minum air kosong yang banyak (3 liter sehari / 18 gelas). jika waktu pagi atau bila2 masa kita rasa air liur pekat, tandanya kita STRESS kena minum air kosong untuk meneutalkan air liur yang pekat tu.

2) tangan kanan lurus ke hadapan dan membuat pusingan / gerakan membentuk nombor 8 mengikut pusingan jam dan lawan arah jam. buat berulang kali untuk "menggerakkan" otak kiri kita.

3) tangan kiri lurus ke hadapan dan buat gerakan seperti tangan kanan tadi. ini adaalah untuk "menggerakkan" otak kanan pula.

4) luruskan ke2 tangan ke hadapan dan bertemu. semua jari disilangkan dan ditutup kecuali jari telunjuk diluruskan ke hadapan. kemudian buat gerakan/ pusingan membentuk nombor lapan mengikut jam dan lawan arah jam.

kalau difikir2 kenapa buat nombor 8 tak buat nombor lain... ini saya rasa la... bila kita buat pusingan 8 dia berlenggok dan akan permulaan membuat nombor 8 bertemu kembali dengan yang hujungnya. kenapa tak buat nombor 0... sebab 0 mudah sangat kot dan tak berlenggok kot......

No comments:

Post a Comment