Wednesday, June 2, 2010

salam bertemu kembali

salam dan selamat pagi....
dari minggu lepas agak sibuk sikit. lepas kursus motivasi tu, sibuk menyiapkan presentation untuk PTK. Hari khamis (27/05/2010) dah present dah. Buat yang terbaik dan berdoa agar Allah memudahkan laluanku untuk lulus PTK. Amin.....

Hari isnin busy gak... kes boleh tahan pada waktu pagi. Dah ujung bulan kena la buat stok check, tengok kuantiti dan exp. date. mana yang dah kurang tu, kena request dari bahagian farmasi. Petangnya pulak pergi cucuk my little girl (2years). accually injection tu untuk umur 11/2 tahun punya... tapi.... maknya terlupa, busy (konon2nya lebih kepada terlupa) dah umur 1tahun 10 bulan baru pergi cucuk. Sebenarnya my little girl tu ada pneumonia last year, kadang2 macam semput sikit (banyak kahak) tu yang asyik tertangguh2 .

Sekarang ni pun, Alhamdulillah, walaupun masih batuk2 berkahak dan lepas tu muntah, tapi dia still aktif dan makan pun ok (nasi tak nak, nak makan lauk dan sayur je). kalau anak2 sakit tu, tak sampai hati aku tengok, rasanya biarlah aku yang rasai kesakitan itu. Walau apa-apa pun, ini baru ujian kecil untukku. Ada orang lain yang lebih ujiannya daripada aku. Terasa insafnya diri dan kerdilnya hamba Mu ini.

No comments:

Post a Comment